Saturday 28 December 2013


Kursus Perniagaan Online.... :D

Cara-cara membuat kek cawan

Pada kali ini kita akan belajar cara-cara membuat kek cawan. Minggu ini sudah bermula cuti sekolah dan pastinya banyak orang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan.
Rupa kek cawan yang comel dan cantik antara faktor kenapa ia menjadi pilihan popular untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan dan juadah kepada tetamu yang datang.

Selain untuk juadah perkahwinan saya melihat kek cawan turut dijadikan kek untuk hari jadi dan hadiah untuk yang teristimewa.

Ia juga boleh dinikmati pada hari-hari biasa. Kini kek cawan begitu digilai oleh peminat-peminatnya. Anda boleh menyediakan kek cawan ini bila-bila masa sahaja di rumah kerana ia sangat mudah dan cepat disediakan.

Kek cawan merupakan adunan kek yang dibakar di dalam acuan yang berbentuk cawan. Dengan menggunakan ketuhar dan pemukul kek anda boleh menyediakan kek cawan yang enak.
Bagi menyediakan kek cawan, anda memerlukan bekas acuan kertas yang keras. Sekiranya anda menggunakan bekas kertas yang lembut pastikan anda susunkan kertas cawan itu dalam bekas berlubang yang diperbuat daripada besi supaya bentuk kek cawan tidak senget setelah dibakar.
Terdapat pelbagai resipi kek cawan yang boleh anda buat tetapi resipi yang biasa digunakan adalah adunan kek mentega.

Sekiranya anda sukakan kelainan pada kek cawan, anda boleh menambahkan perisa dan ramuan tambahan seperti buah-buahan kering, perisa strawberi atau perisa oren. Ini akan membuatkan tekstur dan rasa kek cawan anda berbeza. Kebiasaannya, kek cawan akan dihiaskan diatasnya dengan aising iaitu krim yang disapu dan dihias di atas kek cawan mengikut kreativiti masing-masing.

Aising ini diperbuat daripada krimwell. Namun, anda boleh menggunakan aising lain mengikut kesukaan anda.
Krimwell merupakan lemak yang berwarna putih dan kelihatan seakan shortening (minyak sayuran) tetapi rasanya lebih sedap dan berlemak daripada shortening. Ianya boleh dibeli di kedai-kedai menjual bahan-bahan membuat pastri.

Krimwell akan dipukul bersama gula aising dan sedikit mentega bagi memberikan rasa manis dan enak apabila anda manyapukannya di atas kek cawan nanti.
Sebelum menggunakan aising, bahagikan krimwell yang dipukul dan letaklah pewarna mengikut kesukaan anda supaya kek cawan yang anda aisingkan itu lebih kelihatan menyelerakan dengan pelbagai warna.

Peralatan yang biasa digunakan untuk menghias kek cawan adalah nozzle dan beg paip. Dengan menggunakan peralatan ini anda boleh menghias atas kek daripada aising dengan pelbagai hiasan seperti bentuk bunga.

Jika tiada peralatan ini anda boleh membeli bahan-bahan hiasan yang sesuai seperti fondant, gula manik atau bunga-bunga tiruan yang boleh dimakan.

Buatlah rujukan melalui buku, majalah atau laman sesawang untuk mendapat idea untuk mencantikkan lagi hiasan kek cawan anda. Percayalah, hasilnya tetap kelihatan cantik.

Masa membakar kek cawan adalah lebih singkat daripada kek biasa iaitu sekitar 20-25 minit dan apabila siap dibakar anda perlu membiarkan ia sejuk dahulu sebelum menyapu aising kerana suhu yang panas boleh mencairkan aising krimwell anda. Selamat mencuba!

Sumber dari: http://azlirazali.blogspot.com

Pelbagai Corak Kek Cawan







Sumber di perolehi dari: http://mylightsaber2803.blogspot.com

Selamat Datang

Selamat Datang ke Cup Kek D Rasa Aji Kg.Aji. Syarikat kami ada menyediakan bermacam macam jenis jenis cup kek .Syarikat kami juga ada menerima tempahan untuk majlis perkahwinan pertunagan Hari Jadi dan sebagainya.

Syarikat kami beroperasi di Batu 13 Kg. Aji Bota 32600,Perak.
Operasi syarikat kami dari 9 pagi hingga 6 petang.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya h/p: 019-5155868.
Email: ZalehaHamid54@gmail.com








Bisnes kami di jangka bermula pada tahun hadapan 2014.


Syarikat kami mendapat bantuan daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Perak dari segi peralatan latihan dan kursus pembuatan.

Jenis-jenis tepung

Untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih, roti, pastri,kek atau biskut, anda hendaklah memahami serba sedikit tentang jenis-jenis tepung yang sesuai dengan produk-produk tersebut.


1. Tepung Gandum Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini paling mudah didapati di pasaran. Ia sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih, roti, pastri ,kek atau biskut. Tepung ini adalah tepung protin sederhana dan kandungan protinnya adalah 9 - 10.5 %.

2. Tepung Protin Tinggi
Tepung ini juga dikenali sebagai tepung roti dan ia amat sesuai untuk membuat roti dan produk-produk pastri. Kandungan protin adalah tinggi iaitu 12.6 - 13.6 % .Gluten yang terhasil apabila tepung ini diuli memberi kekenyalan kepada roti.

3. Tepung Pau
Tepung ini sesuai untuk membuat pau kerana sangat cerah dan putih. Pau juga akan menjadi lembut dan halus. Kandungan protinnya ialah 9.5 - 10.5 %.

4. Tepung Kek
Ia juga dikenali sebagai tepung superfine . Tepung ini jenis rendah protin dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis kek dan pastri.

5. Tepung Ros Merah (Red Rose Flour)
Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan perangup biskut. Oleh itu ia sangat sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.

6. Tepung Hong Kong
Tepung ini juga dikenali sebagai 'water lily flour' dan ia sangat putih. Ia sesuai untuk membuat kek lapis dan menjadikan kek lembut.

7. Tepung Hoen Kwee
Tepung ini diperbuat dari sejenis kacang dan sering digunakan untuk membuat kuih-muih terutama di Indonesia. Ia boleh didapati dalam peket-peket kecil seberat 85 gm dan terdapat dalam pelbagai warna seperti kuning, putih, hijau dan merah.

8. Tepung Naik Sendiri (Self-Raising Flour)
Tepung ini adalah sejenis tepung kek dan ia telah mengandungi serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam kadar yang tertentu. Jika anda menggunakan tepung ini untuk membuat kek, tidak perlulah menambah serbuk penaik dalam resepi anda.

Lain-lain jenis tepung yang biasa kita gunakan adalah tepung kastad, tepung jagung, tepung ubi, tepung beras, tepung pulut, tepung susu dan lain-lain yang digunakan hanya sedikit sahaja. Oleh itu, pastikan anda menggunakan tepung yang betul agar hasil produk tersebut memuaskan hati anda.

Sumber maklumat diperolehi dari : http://myyummydelight.blogspot.com